DiMalaysia, konsep rumah pasang siap IBS agak baru, tetapi ia telah digunakan secara meluas di negara lain di dunia. Contohnya, di Eropah, pasaran rumah pasang siap telah lama bertapak, manakala Sweden pula merupakan peneraju rumah pasang siap global yang telah menghasilkan komponen pasang siap untuk lebih daripada 80% rumah.
KUALALUMPUR: Seorang jurufoto polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bahawa, beliau telah mengambil 12 keping gambar lokasi tempat kejadian dan satu kunci kereta Ferrari di sebuah rumah didiami ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya, di Desa Sri Hartamas, di sini tujuh tahun lepas. Koperal Muhamad Shahmi Yusof, 37, dari Cawangan Fotografi (D6
GambarBilik Air Rumah Kampung - 10 Pelan Rumah Ada Di Malaysia Termasuk Rumah 60 Tahun Bfm. May 31, 2022 · pemain bola sepak berusia 28 tahun itu disyaki merogol mangsa di rumahnya, dalam kejadian di kampung kijang, jalan pantai cahaya bulan, kota bharu, kelantan. Pelan rumah 1 tingkat 5 bedroom 5 bathroom hall tinggi (2782 kaki persegi).
Channelini banyak berkongsi tentang berkait dengan kehidupan kita, ada kala berkongsi cara bertukang, . Ini adalah perkara paling penting dalam membina rumah. Secara umumnya terdapat 3 cara utama yang boleh kita gunakan untuk membiayai pembinaan rumah, . Guna command line untuk buat partitions dalam rumah.
BRUSSELS Belgium - Seorang lelaki di sini merakam dan berkongsi sejumlah gambar di Instagram yang menunjukkan pelbagai kediaman yang dianggap sebagai rekaan paling buruk di Belgium. Hannes Coudenys menerusi akaun Instagram, Ugly Belgian Houses sudah memuat naik lebih 1,400 gambar kediaman dengan seni bina pelik, suatu kelainan berbanding orang ramai yang gemar berkongsi imej rumah cantik di media sosial.
4ha73. Setiap orang pastinya ada impian memiliki rumah sendiri dengan konsep tertentu. Kediaman yang canggih, moden dan futuristik, antara yang popular. Siapa yang tak nak, kan? Namun atas faktor kewangan, modal dan sebagainya, impian itu terpaksa ditangguhkan dan rumah kampung berdindingkan kayu dan papan menjadi pilihan. Tapi, jangan tak tahu, kalau kena gayanya, rumah kampung pun boleh jadi teramat indah! Apa Indahnya Rumah Kampung? Keindahan rumah kampung bukan sahaja terletak pada seni dan fungsi reka bentuknya. Kawasan persekitarannya juga memainkan peranan penting. Bayangkan, ruang laman yang luas dikelilingi tanaman segar seperti cili, kunyit, serai, pandan dan lain-lain. Ditambah lagi dengan deretan pohon melambai tinggi seperti pokok pinang dan kelapa. Bertambah syok lagi kalau berhadapan pula dengan sawah padi terbentang indahnya hidup! Walaupun rumah kampung seringkali dikaitkan dengan golongan berpendapatan rendah, tradisional, jauh dari hiruk pikuk bandar, terletak di kawasan berkepadatan rendah dengan kemudahan terhad, ia bukanlah halangan. Kerana sebenarnya, rumah kampung juga boleh dimodenkan menggunakan kreativiti dan modal yang tak banyak. Boleh bayar dan buat, orang kata. Kalau anda perasan, rumah papan di kawasan kampung semakin lama semakin susah dijumpai. Ini kerana ramai yang dah upgrade ke rumah batu menggunakan kepakaran sendiri mahupun bantuan profesional. Ada tanah, ada batu bata, ada duit semuanya boleh buat! Tak salahpun beri sentuhan sendiri dengan guna daya imaginasi anda untuk hasilkan rumah idaman dengan bahan kos sederhana. Jadi, kami senaraikan di bawah tujuh inspirasi yang boleh digunakan untuk memodenkan rumah kampung anda! 1 Kontemporari Gaya kontemporari antara konsep dekorasi yang menyerlahkan keunikan tersendiri, selain memanfaatkan keluasan ruang kediaman yang ringkas, ia masih tampak kemas dan menarik. Walaupun dari luar ianya nampak sempit, namun dengan konsep ini, ruang yang kecil boleh tampak luas. Konsep ini sesuai bagi penghuni yang mementingkan kesederhanaan dan tak berlebihan. Material kayunya masih jelas kelihatan, kemudiannya disuntik elemen lain bagi menambah ciri moden seperti mainan warna, susun atur perabot dan lain-lain. Pemilihan warna asas, elemen warna bumi sebagai gabungan sekunder dan warna tertier yang dramatik juga dipentingkan. Kemudian ditambah dengan pemilihan material besi, kaca, sedikit suntikan kayu untuk menonjolkan lagi konsep kontemporari. Orang tengok mesti kagum! 2 Minimalis Ringkas, tersusun dan tak berlebihan. Itulah konsep minimalis dan sesuai digunakan untuk memodenkan sebuah rumah kampung. Konsep minimalis tak memerlukan perabot dan perincian yang banyak. Warna cat yang sesuai dengan konsep ini selalunya gabungan warna-warna neutral. Gabungan warna neutral ni mampu menyerlahkan nilai estetika sebuah rumah kampung yang ringkas namun menawan. Konsep minimalis di rumah desa menggunakan asas binaan berkayu terilham daripada konsep Rumah Melayu lama dengan sentuhan moden. Cantik, ringkas tapi masih mengekalkan seni warisan berzaman. Kan menakjubkan? 3 Rumah Panggung Moden Kebanyakan rumah kampung Melayu yang wujud adalah daripada jenis Rumah Panggung. Rumah Panggung mempunyai ciri utama sinonim dengan “rumah kampung” iaitu didirikan atas tiang-tiang. Bukan suka-suka ya, ia bertujuan untuk mengelak daripada haiwan liar dan banjir, menghalang pencuri, serta meningkatkan pengudaraan. Kebiasaannya, Rumah Panggung mempunyai empat elemen utama Rumah Melayu Tradisional, iaitu tangga, bumbung berbentuk vernakular, pengudaraan melalui reka bentuk tingkap serta bumbung berhiasan. Jika dahulu, tiang dan tangganya diperbuat dari kayu, sekarang anda boleh menggunakan batu bata sebagai sentuhan moden supaya konsep ini nampak lebih elegan. 4 Moden Zaman sekarang, rumah kampung tak macam dulu lagi. Ini disebabkan penghuninya sebenarnya ramai “orang bandar”, maka mereka mementingkan keselesaan selain daripada hiasan tradisi, lalu terbentuklah rumah kampung stail moden! Walaupun masih mengunakan kayu dan papan, seperti rumah di bawah, ia juga menggunakan bahan seperti kaca di bahagian pintu dan jendelanya. Selain itu, impak moden pada rumah ini juga ditonjolkan melalui bahagian bumbungnya. Tidak dilupakan susun atur dan dekorasi di bahagian serambi rumah, seperti bunga gantung, kerusi panjang serta perhiasan menjadikannya ianya unik namun masih mengekalkan identiti rumah kampung. 5 Stail Kabin Kenapa tak boleh? Di Malaysia, rumah kabin atau rumah kontena adalah kediaman alternatif yang dibina menggunakan kontena kapal. Jadi, jangan terkejut pula kalau terjumpa sebuah rumah kampung dibina dengan kontena dan saiznya boleh tahan kecil. Selalunya, saiznya sekitar 20 kaki x 10 kaki saja, tapi bukanlah sepenuhnya besi kontena. Ia masih mempunyai bahan-bahan seperti papan dan kayu jati. Ia juga dimodenkan dengan penggunaan batu, simen dan besi hollow bagi mengukuhkan asasnya. Dindingnya pula dibina menggunakan papan fascia dan papan gipsum untuk pemisahan ruang dalam rumah. Seperti perkongsian dari Puan Mahwiza ini, dengan kos kurang dari RM65,000, rumah kabin kampung yang terletak di Negeri Sembilan ini siap hanya selepas 5 minggu. Cantik juga kan! 6 Kotej Inggeris Seperti Tiny Boutique Habitat di Cameron Highlands, sebuah homestay atau inap desa yang popular dengan konsep Kotej Inggeris English Cottage, rumah kampung anda juga boleh terinspirasi daripada stail ini. Konsep yang semakin menjadi trend ini boleh anda gunakan bagi menaikkan seri rumah kampung anda. Kebiasaannya, konsep Kotej Inggeris ini terdiri dari satu atau dua tingkat rumah, manakala reka bentuk bumbung rumah agak curam dan tinggi. Rumah stail ini turut mempunyai dinding tekstur batu bata dan sebagainya. Jadi, sangat sesuailah sekiranya rumah kampung mengaplikasikan gaya ini. Malah dengan dekorasi dalaman sentuhan ala Inggeris, pasti menjadikan sebuah rumah kampung anda lain dari yang lain! 7 Inspirasi Negara Lain Anda juga sebenarnya boleh menciduk idea rumah negara lain, Jepun misalnya. Barulah menarik sikit, lain dari lain. Reka bentuk kurang bersegi, pintu kaca sorong, lantai kayu dan binaan daripada konkrit mempamerkan pembaharuan dalam reka bentuk seni bina Jepun. Malah, kalau nak jadikan lebih menarik, boleh juga gabungkan dengan bahan berbatu yang pastinya menarik perhatian. Selain itu, Jepun juga terkenal dengan gaya hidup penuh tertib. Seni rekannya pula sering memberi keutamaan kepada fungsi ruang dan keselesaan penghuni. Dan sekiranya rumah anda mempunyai balkoni, anda juga boleh menerapkan konsep Jepun di mana berbaring atau duduk bersila serta bertimpuh sudah jadi kebiasaan. Ditambah pula dengan penggunaan warna sinonim dengan warna negara mahatahari terbit itu seperti kuning, putih, krim dan kelabu pasti menambah seri rumah kampung anda. Apa-apa Pun, Rancanglah Dengan Teliti Kalau anda fikir yang perancangan adalah aspek terpenting dalam ubah suai rumah, betulah tu! Tetapkan dahulu pendirian sama ada ingin membina rumah sendiri atau membeli dari pemaju atau ejen. Kemudian fikirkan konsep yang diinginkan. Setelah anda yakin dengan keputusan anda, tetapkan bajet. Tetapi ingat, jangan berlebihan dan ikutlah kemampuan. Semak dengan pihak bank berapa jumlah maksimum pinjaman yang boleh kita buat jika kita ingin membuat pinjaman serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Kemudian, cari idea-idea binaan rumah dengan lakukan sedikit kajian. Dan langkah terakhir, cari pelukis pelan atau arkitek termasuk kontraktor bagi merealisasikan konsep binaan yang kita mahukan. Selamat membina rumah kampung moden idaman! Panduan Relevan 7 Soalan Popular Berkaitan Pewarisan Hartanah Pusaka Di Malaysia 5 Rumah Melayu Tradisional Yang Boleh Dijadikan Inspirasi! 25 Jenis Tanaman Senang Hidup Dalam Rumah Di Malaysia!
Hari tu kita dah buat senarai rumah banglo mewah selebriti-selebriti kat Malaysia kan? So, kali ni apa kata kita tengok rumah mewah VVIP di Malaysia pulak. Asyik dengar cerita je yang rumah pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli politik ni sangat megah dan mewah, tapi macam tak pernah tengok pun rumahnya. Bila dah jadi nama terkenal, memang hidupnya tak berapa tenang ler sebab semuanya dipantau. Sampai cara suap nasi pun orang nak ambil gambar okay! Dah dah, tanpa membuang masa lagi, mari kita tengok rumah mewah VVIP di Malaysia yang kami berjaya dapatkan gambarnya dari Internet susah tau! 1 Datuk Seri Najib Tun Razak Haaa nama ni sangat femes la sekarang di segala platform dari berita TV, ke surat khabar, sampai lah laman social Facebook. Ramai betul yang masih cerita pasal Datuk Seri Najib, atau lebih dikenali sebagai Najib Razak, ni kan. Bagi yang tak tau, beliau adalah anak lelaki sulung bekas Perdana Menteri kedua kita, iaitu Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Najib Razak pula bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, dan pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan. Memang macam-macam kes dikaitkan dengan beliau tapi kita letak tepi la dulu semua tu ya, nak jamu mata tengok rumah-rumah mewah je kali ni. Ni kira isu rumah paling top yang dikongsi online sekarang dan pada yang nak sangat tengok gambarnya, ada la ni tapi dari luar je. Kalau dapat jejak masuk, mesti lagi best kan? Mungkin la terjumpa berlian ke apa kat dalam tu! 2 Dr Mohamad Khir Toyo Khir Toyo ni adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-13. 8 tahun jugak beliau jadi Menteri Besar negeri tu dari tahun 2000 sampai 2008. Memang pernah kecoh dengan kes rumah banglo mewah yang katanye terlampau sangat mahal. Orang kata kos rumah tu memang melebihi kemampuannya, orang lain yang kata tau, bukan kitorang! Mau tak nya, rumah yang berada kat Shah Alam tu harganya hampir RM24 juta. Tengok gambar pun dah rupa macam istana tau! Sesiapa yang masih tertanya-tanya macam mana rupa rumah mewah bernilai RM24 juta ni… mari kita usha sikit. 3 Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr Mahathir Anak ke-5 Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ni pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia antara tahun 2009 dan 2013. Sekarang beliau adalah Menteri Besar Kedah ke-13 sejak 11 Mei 2018. Rumah Mukhriz ni kami tak dapat nak cari harganya tapi kalau tengokkan gambar, memang terserlah kemewahannya tu. Sangat menarik susun atur dalam rumah ni dan kawasan luar tu nampak luas amat. Bayangkan dapat buat rumah terbuka cam kat bawah ni, tepi-tepi swimming pool lagi! 4 Lim Guan Eng Semua dah kenal ye dengan Menteri Kewangan Malaysia dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang kita sekarang? Kalau nak diikutkan, tak ada cerita sensasi sangat pun pasal beliau, tapi ada jugak ler khabar angin yang beliau membeli rumah pada harga yang lebih murah dari sepatutnya. Murah tak murah, masih dalam jutaan Ringgit harga rumahnya di George Town. Tak adalah cecah sampai RM5 juta pun tapi boleh tahan cantik dan grand rumahnya bila tengok dari luar. 5 Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-14 yang menggantikan Khir Toyo. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Selangor. Gambar rumah beliau yang dikongsi di internet ni katanya berharga dalam RM16 juta, boleh tahan jugak la kan! Tengok luar rumah pun nampak grand sangat dengan rekaan yang ala-ala rumah tradisional tapi moden tu. 6 Tan Sri Abdul Taib Mahmud Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah Mantan Ketua Menteri Sarawak yang ke-4 dan juga Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke-7. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai ahli politik di Sarawak, tapi ramai yang masih lagi cerita pasal kekayaannya. Bukan main cantik lagi rumahnya… dah macam ala-ala duduk kat Miami pulak! Pernah tak tengok rumah-rumah besar dan grand kat tepi persisiran air yang confirm-confirm ada private yacht, macam dalam cerita CSI Miami tu? Haaa macam itulah feelingnya bila kali pertama tengok rumah ni di bandaraya Kuching… tak percaya? Jom tengok kat bawah, kalau tengok video nak sampai rumah ni lagi gempak. 7 Dato’ Seri Dr Anwar Ibrahim Dato’ Seri Dr Anwar Ibrahim ni presiden Parti Keadilan Rakyat PKR dan berkhidmat jugak sebagai Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia. Beliau memang ahli politik Malaysia yang boleh dikatakan femes sebabkan pelbagai isu dan kontroversi yang melanda beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia politik ni. Kalau bab rumah pulak, pernah keluar kenyataan yang rumah kat Bukit Segambut yang bernilai dalam juta, yang mana masa mula-mula beli dulu, harganya RM juta je. Ada orang yang pernah sampai ke rumah tu cakap yang design banglo nampak simple tapi cukup elegan dan ekslusif. Nak tengok kat bahagian dalam memang tak dapat lah buat masa ni, kecuali anda dijemput sendiri ke rumah beliau. Jadi, kalau dapat jemputan tu, jangan lah tak pergi pulak! 8 Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Tan Sri Shahrizat ni pernah jadi Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ikutkan beliau jadi femes sebab skandal perniagaan lembu yang memang ramai tak boleh nak lupakan. Dari situ jugak, keluar lah cerita pasal rumah-rumah mewah yang beliau ada. Salah satunya chalet mewah kat Janda Baik bernama Cempakasari. Katanya, kediaman tu memang bak istana kayangan. Dah lah bernilai jutaan Ringgit pastu perabot jati pulak diimport khas dari Bali. Ada jugak khabar berita yang beliau memiliki kondo mewah di Marina Bay Suites, Singapura. Kitorang share je gambarnya kat bawah ni tapi sejauh mana kesahihan cerita tu, kami tak berapa pasti tau! 9 James Jemut Masing Mungkin ada yang tak berapa kenal James Jemut Masing ni, tapi kebanyakan rakyat yang tinggal kat Sarawak memang kenal. Beliau ni Menteri Pembangunan Tanah Sarawak dan juga presiden Parti Rakyat Sarawak PRS. Kediamannya menjadi tanda tanya sebab terlampau mewah dan duduk pulak kat tengah-tengah bandaraya Kuching. Kediaman mewah tu dibina atas tanah seluas dua ekar dan harga pulak sampai RM2 juta. Boleh tahan besar la kan kalau tengokkan gambar tu. Ada jugak tetamu dia bagitau yang bilik-bilik tidur kat bahagian atas rumah semua luas-luas, pastu karpet dan perabot-perabot kulit pulak mahal-mahal jugak. 10 Tun Dr Mahathir bin Mohamad Yang paling last sekali, kami nak share rumah salah seorang ahli politik yang paling bersejarah dalam negara kita. Tak lain tak bukan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad! Siapa tak kenal dengan Tun Mahathir kan? Lejen dalam dunia politik bukan kat sini je, serata dunia dah kenal dia. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan juga pernah menjadi Perdana Menteri kita yang ke-4. Hebat kan? Dah cipta sejarah kat tanahair, tak pelik lah kalau rumah kediaman beliau pun mewah kan. Nampak sangat selesa dan inviting sangat rumah beliau ni. Jom kita tinjau beberapa keping gambar yang ada ye. Itu sahajalah gambar-gambar rumah mewah VVIP di Malaysia yang kami dapat kongsikan buat masa ni. Mungkin lepas ni kalau ada lagi gambar yang kitorang jumpa kat internet, boleh lah buat senarai baru pulak.
Berikut adalah senarai bangunan dan projek hijau ternama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Green Building Index GBI, Green Real Estate GreenRE dan Leadership in Energy and Environmental Design LEED. Artikel ini diterjemah dari 17 certified green buildings in Malaysia oleh Ridzwan A. Rahim Bangunan hijau akan menjadi satu trend di Malaysia jika dilihat pada peningkatan bilangan projek bangunan dan pemajuan hijau di seluruh negara. Kerajaan juga menggalakkan pembinaan lebih banyak bangunan hijau menerusi pelbagai dasar, skim dan geran yang ditawarkan. Menerusi reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembuangan yang lebih baik, bangunan hijau lebih cekap berbanding bangunan biasa di segi pengurusan air, tenaga dan bahan. Pada masa yang sama, kesannya terhadap kesihatan dan alam sekitar adalah minimum. Terdapat ratusan projek bangunan dan pemajuan hijau di Malaysia yang diiktiraf di dalam negara oleh Green Building Index GBI, Green Real Estate GreenRE dan Leadership in Energy and Environmental Design LEED dari US Green Building Council USGBC. Ketiga-tiga pensijilan ini menilai ciri-ciri dan elemen reka bentuk hijau sesebuah bangunan sebelum memberi skor penarafan. Untuk maklumat lanjut mengenai GBI, GreenRE dan LEED, serta perbezaan utama antara GBI dan GreenRE, baca artikel terperinci kami mengenai bangunan hijau di Malaysia di sini. Berikut adalah antara projek bangunan dan pemajuan hijau yang ternama di Malaysia dan ciri-ciri utamanya yang bukan sahaja mampan tetapi juga membantu penghuninya hidup lebih sihat, bahagia dan produktif. Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang Rumah-rumah di Bandar Rimbayu mempunyai ciri tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga di samping pengalihan udara yang baik, pemanas air berkuasa suria dan sistem penuaian air hujan. Di samping kehijauan yang luas, parsel kediamannya direka berasaskan prinsip mesra alam Crime Prevention Through Environmental Design CPTED. Sebagai contoh, laluan kenderaan bermotor diasingkan daripada laluan pejalan kaki menggunakan satu zon penampan hijau. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau Perak GBI Pemaju IJM Land Jenis Rumah berangkai dua tingkat, rumah berkembar Saiz binaan Pelbagai Tahun siap Pelbagai Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur Bukit Bintang City Centre BBCC menempatkan pencakar langit PNB 188 yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia. Lebih menarik, satu siri taman dalam bandar akan menjalar di tengah-tengah pemajuan ini. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau Emas GBI Pemaju EcoWorld, UDA dan EPF Jenis Kediaman servis Saiz binaan 454 – 882 kaki persegi Tahun siap 2020 Edelweiss SOFO & Serviced Residences Tropicana Gardens Edelweiss SOFO & Serviced Residences telah diberi pensijilan GreenRE disebabkan beberapa ciri hijau inovatif seperti penggunaan cat rendah VOC sebatian organic meruap yang kurang berbau dan kurang menjejaskan kualiti udara, bumbung rata konkrit bertetulang tertebat yang mengurangkan pemindahan haba ke bangunan, muka bangunan kaca rendah kepancaran low-emissivity untuk menyejukkan bangunan dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau Sijil Sementara Perak GreenRE Pemaju Tropicana Corporation Berhad Jenis SOFO dan kediaman servis Saiz binaan SOFO 452 – 858 kaki persegi; kediaman servis 556 – 1,111 kaki persegi Tahun siap 2024 KAIA Heights, Taman Equine, Seri Kembangan Megah berdiri di puncak Equine Park, KAIA Heights diberi penarafan Perak GreenRE disebabkan reka bentuk, pembinaan dan operasinya yang mengambil kira kesan kepada alam sekitar. Pemajuan ini turut menyimpan sebahagian hutan sedia ada, menggunakan kompos yang dikitar semula dari sisa hortikultur dan mempunyai tempat parkir yang ditinggikan untuk menghasilkan pengalihan udara semulajadi. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau Sijil Sementara Perak GreenRE Pemaju UEM Sunrise Berhad Jenis Kondominium Saiz binaan 972 – 1,437 kaki persegi Tahun siap 2025 Ken Rimba, Shah Alam Ken Rimba, antara perbandaran hijau pertama di Malaysia, mempunyai banyak kawasan hijau di sekitarnya di samping penggunaan cat yang memantul haba dan reka bentuk pengalihan udara cross ventilation untuk mengekalkan suhu nyaman di dalam bangunan. Satu sistem penuaian air hujan digunakan untuk pengairan landskap dan kemudahan umum lain. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau GBI Pemaju KEN Holdings Berhad Jenis Kondominium pegangan kekal Saiz binaan 1,119 kaki persegi Tahun siap 2012 Leisure Farm Resort, Iskandar Malaysia Leisure Farm Resort yang merupakan pemajuan pertama di Iskandar Malaysia yang mendapat pensijilan Green Building Index GBI dan dibina mengikut prinsip Kelestarian, Tenaga, Alam Sekitar, Reka Bentuk dan Keselamatan. Eko-pemajuan mewah ini telah memenangi beberapa anugerah termasuk CNBC Asia & Pacific & International Property Awards dan FIABCI Malaysia Property Awards. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau GBI Pemaju Mulpha International Berhad Jenis Banglo, rumah berkembar dan townhouse Saiz binaan 3,721 – 4,800 kaki persegi Tahun siap 2025 PJ Midtown, Petaling Jaya Berpusat di Seksyen 13 Petaling Jaya, PJ Midtown merupakan pemajuan bercampur yang memenuhi standard Emas GBI. Pemajuan ini mengandungi banyak elemen mesra alam termasuk panel fotovoltan di atas bumbungnya, kaca berprestasi tinggi untuk mengurangkan penyerapan haba dari luar, lampu LED yang menjimatkan tenaga, sistem penuaian air hujan dan lokasi yang berhampiran pengangkutan awam, kemudahan dan pusat komuniti. Terdapat juga satu taman herba untuk kegunaan peribadi penghuni yang tinggal di PJ Midtown. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau Sijil Sementara Emas GBI Pemaju IOI Properties & Sime Darby Brunsfield Jenis Pemajuan bercampur Saiz binaan 1,120,236 kaki persegi luas lantai kasar [GFA] Tahun siap 2019 Residensi Allevia, Mont’Kiara Residensi Allevia bukan sahaja terletak berhampiran daerah pusat perniagaan Mont’Kiara, ia juga mendapat pensijilan GreenRE disebabkan pembinaannya yang berdasarkan prinsip kelestarian. Ini termasuk penggunaan berhemah sumber seperti tenaga elektrik dan air, dan pengurangan pengeluaran karbon. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau Sijil Sementara Emas GreenRE Pemaju UEM Sunrise Berhad Jenis Kondominium Saiz binaan 1,703 – 2,634 kaki persegi Tahun siap 2025 SouthPlace Residences, Tropicana Metropark Terletak berhampiran kejiranan matang Subang Jaya, SouthPlace Residences mempunyai komponen hijau dalam pelan induknya. Antaranya, pembinaan yang menggunakan bahan lestari dan mesra alam, lekapan yang menjimatkan air, lif yang dilengkapi ciri jana semula, penebatan bunyi yang efektif, pengalihan udara semulajadi, cat mesra alam dan kitar semula sisa. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau Sijil Sementara Gangsa GreenRE Pemaju Tropicana Corporation Berhad Jenis Kediaman servis Saiz binaan 500 dan 700 kaki persegi Tahun siap 2024 The Tropika, Bukit Jalil Pemajuan pegangan kekal di Bukit Jalil ini menjadikan alam semulajadi sebagai sumber inspirasi. Ia terletak di antara dua taman dalam bandar iaitu Bukit Jalil Golf and Country Resort dan Taman Rekreasi Bukit Jalil. Satu dek dengan reka bentuk berinspirasikan alam semulajadi seluas 2 ekar dengan 68 jenis kemudahan mengelilingi empat menaranya seolah-olah kanopi hutan dengan dahan-dahan tinggi yang tidak saling menyentuh antara satu sama lain. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau Sijil Sementara Gangsa GreenRE Pemaju Berjaya Land Berhad Jenis Pemajuan bercampur Saiz binaan 732 – 1,318 kaki persegi Tahun siap 2023 Tun Razak Exchange TRX, Kuala Lumpur Sebagai perbandaran pertama di Malaysia yang diberi penarafan Platinum GBI, pemajuan di daerah perniagaan Kuala Lumpur yang mendapat rating tinggi ini direka dengan komitmen tinggi kepada kelestarian. Pemajuan ini mengguna pakai prinsip sisa sifar, memaksimumkan kitar hayat bahan dan disesuaikan untuk perubahan iklim masa depan. TRX City Park pula bakal menjadi taman utama di tengah-tengah bandar raya yang diharap dapat mendekatkan penghuni KL kepada alam sekitar. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau Platinum GBI, Emas LEED Pemaju TRX City Sdn Bhd Jenis Daerah kewangan terdiri daripada pejabat, menara kediaman, hotel dan peruncitan Saiz binaan 21 juta kaki persegi GFA Tahun siap Separa siap dengan TRX Residences dijangka siap menjelang 2023 Yoo8 Serviced by Kempinski, 8 Conlay, Kuala Lumpur Pemajuan ini merupakan sebuah pemajuan pegangan kekal terkemuka di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur dan KLCC. Aras 44 di kedua-dua menara berkembar kediaman servis Yoo8 dihubungkan antara satu sama lain menerusi satu taman tropika bertingkat tergantung berinspirasikan hutan hujan Malaysia. Terdapat juga satu aras mezanin yang ditinggikan dengan laluan joging dan ceruk-ceruk terpencil yang boleh digunakan oleh penghuni untuk membaca, di samping banyak kawasan pertemuan komuniti. Lihat projek ini di sini. Pensijilan bangunan hijau GreenRE & LEED Pemaju KSK Land Jenis Pemajuan bercampur dan kediaman servis Saiz binaan 705 – 1,328 kaki persegi Tahun siap 2022 Terdapat juga beberapa struktur bukan kediaman yang mendapat pensijilan bangunan hijau di Malaysia, antaranya DiGi, Shah Alam Ini merupakan pusat data pertama di Malaysia yang diberi penganugerahan standard GBI. Ia direka untuk mengurangkan penggunaan tenaga memandangkan pusat data biasanya menggunakan tenaga yang banyak. Struktur ini menggunakan karpet mesra alam dan cat bumbung yang memantul suria serta dibina dengan menggunakan sistem acuan besi untuk mengurangkan penggunaan kayu balak. Pensijilan bangunan hijau Emas GBI Hospital Jasin, Melaka Hospital ini merupakan hospital pertama di dunia yang mendapat penarafan Platinum LEED dan bangunan kerajaan pertama di Malaysia yang mendapat penarafan tersebut. Ciri hijau utamanya termasuk pengurusan air hujan, pengurusan kualiti udara dalam bangunan dan prestasi tenaga teroptimum. Pensijilan bangunan hijau Platinum LEED klia2 Terminal © langdu8x 123rf klia2 merupakan terminal lapangan terbang pertama di Asia Tenggara yang diberi pensijilan bangunan hijau Emas LEED. Struktur ini menampilkan ciri penuaian air hujan yang menuai air hujan untuk diproses dan membawa penjimatan air sekitar 9% atau RM215,000 setahun untuk lapangan terbang ini. klia2 juga cekap tenaga. Kaca kepancaran rendah, bumbung tinggi yang memantul suria, pencahayaan LED, jet diffuser dan penyejukan udara boleh ubah telah membawa penjimatan tenaga sebanyak 7% antara 2015 dan 2016. Pensijilan bangunan hijau Emas LEED Pusat Pengedaran Lam Soon Edible Oils, Seberang Perai Pusat pengedaran ini merupakan yang pertama di Malaysia mendapat pensijilan GBI. Sistem penuaian air hujannya membawa penjimatan 33% dalam penggunaan air boleh diminum. Pusat ini juga direka untuk pencahayaan semulajadi dan pengalihan udara semulajadi maksimum yang membawa kepada penjimatan 40% dalam penggunaan tenaga. Pensijilan bangunan hijau GBI Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur Bangunan ini merupakan bangunan kerajaan pertama dianugerahkan pensijilan platinum GBI. Ia juga memenangi anugerah ASEAN Energy Awards kategori Bangunan Hijau pada 2016. Reka bentuk menaranya mengurangkan penyerapan haba suria di samping mempunyai ciri penggunaan pencahayaan dan tenaga yang cekap. Menara ini juga mampu merawat air sisa dari sinki, perangkap lantai dan air untuk bersuci, dan digunakan semula untuk mengepam tandas dan mengairkan landskap. Pensijilan bangunan hijau Platinum GBI Platinum Jangan terkejut jika semakin banyak projek bangunan dan pemajuan hijau tumbuh di Malaysia. Ia satu petanda positif kerana mengurangkan kesan pemajuan bandar terhadap alam sekitar bukan sahaja untuk kesejahteraan masa sekarang tetapi juga untuk masa depan generasi akan datang.
Tidak dinafikan design rumah kampung moden kini mulai popular di laman sosial FB. Bagi orang melayu pastinya tidak asing dengan reka bentuk rumah kampung yang terdapat di Malaysia ini. Namun tahukah anda bahawa rumah kampung ini juga telah di inovasi dengan material moden dan wujudlah rumah kampung versi moden pula sekarang ini. Walaupun diperbuat daripada material moden seperti batu dan konkrit, rumah kampung versi moden ini tetap menerapkan unsur tradisional pada reka bentuknya. Ini menjadikan rumah ini popular dan mendapat tempat dalam kalangan peminat zaman tradisional lama untuk diadaptasi ke rumah baru mereka. Berikut kami kongsikan beberapa gambar rujukan rumah kampung versi moden di hujung artikel ini. 3 Ciri-ciri Yang Ada Pada Rumah Kampung Jika anda bercadang untuk membina rumah bertemakan unsur tradisional, terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu anda lihat agar ia melambangkan budaya “kampung” dan tradisi orang melayu. Dari ciri inilah anda boleh olah dengan reka cipta menggunakan material moden. Antaranya adalah Jenis bumbungRumah tradisional orang melayu mempunyai atap yang diperbuat daripada daun pokok, reka bentuk atap ini mestilah menyerupai bentuk segitiga yang berasingan. Ini kerana, terdapat banyak konsep rumah moden kini mempunyai atap yang mendatar dan rata, yang mana jelas ia tidak sesuai untuk rumah konsep kampung. Tiang rumah & tanggaSalah satu unsur penting dalam membina rumah konsep kampung ini adalah mesti mempunyai tiang rumah dan tangga. Rumah kampung melayu asli adalah bertingkat bertujuan untuk melindungi daripada banjir dan haiwan liar. Jadi reka bentuk rumah kampung moden mestilah mempunyai tiang dan bertingkat. Tangga pula mesti dibina menghadap pintu utama rumah. Beranda luar & tingkap Antara keunikan rumah tradisi melayu adalah ada diantaranya mempunyai beranda luar dan tingkap di setiap dinding rumah. Reka bentuk ini perlu diterapkan untuk rumah kampung moden, malah dengan reka bentuk yang betul dan kemas beranda dan tingkap ini akan kelihatan cantik dipandang. Design Rumah Kampung Moden Paling Cantik Disini kami kongsikan beberapa jenis rumah kampung versi moden untuk rujukan anda. Anda boleh “cuci mata” dengan idea-idea design ini dan mungkin boleh menjadi ilham untuk rumah anda. Jom sama-sama lihat.. **Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee Akhir Kata Secara keseluruhan konsep rumah kampung moden ini sangatlah cantik di mata peminat rumah tradisional. Tambahan pula dengan campuran reka bentuk serta material moden menjadikan konsep rumah ini lebih cantik, kemas, dan elegend. Nak lebih banyak design rumah idaman anda? Boleh terus ke laman design rumah simple. Jangan lupa share ya..
Bila dah beli atau sewa rumah, dinding memang antara benda pertama kita tengok. Nak cat balik atau nak tampal wallpaper atau nak biarkan warna asal begitu. Ada juga satu lagi pilihan iaitu menghiasnya dengan bingkai gambar dipenuhi gambar keluarga atau poster seni cantik-cantik. Barulah naik seri sikit dinding rumah tu kan? Tak kosong je! Nak lalu lalang tiap hari pun seronok, tetamu datang rumah pun tertarik. Tahu tak yang bingkai gambar ni dah ada sejak Tamadun Mesir lagi, ia ditemui dalam sebuah makam yang dianggarkan dibina pada tahun 50-70 Masihi. Jadi hiasan bingkai gambar ni memang tak lapuk ditelan zaman lah orang kata! Tapi, sebelum nak guna bingkai gambar tu, jom kita tengok dulu cara nak ukur saiz bingkai gambar yang sesuai, barulah tak nampak janggal! Cara Ukur Bingkai Gambar Bingkai gambar atau foto datang dalam pelbagai saiz, biasanya diukur dalam inci, membolehkan anda mengukur dan mencari bingkai paling sesuai untuk gambar anda. Saiz biasa adalah 8 x 10 inci dan 11 x 14 inci. Walau bagaimanapun terdapat banyak lagi saiz yang perlu diambil kira kerana ia berbeza bergantung kepada apa yang anda ingin bingkaikan. 1. Bingkai gambar saiz kecil Untuk gambar kecil, terdapat beberapa pilihan yang ada. Saiz khusus bingkai dalam julat ini termasuklah 3 x 3 inci 8 x 8 cm, 3 x 5 inci 8 x 13 cm, dan x 5 inci 9 x 13 cm. Foto untuk bingkai ini adalah saiz yang biasa dalam fotografi. 2. Bingkai gambar saiz sederhana Saiz sederhana adalah saiz standard. Bingkai ini termasuklah dalam ukuran 4 x 6 inci 10 x 15 cm, 5 x 7 inci 13 x 18 cm, dan 6 x 8 inci 15 x 21 cm. 3. Bingkai gambar saiz besar Bingkai besar biasanya digunakan untuk gambar bersaiz potret. Bingkai ini terdiri daripada saiz 8 x 10 inci 20 x 25 cm, 8 x 12 inci 20 x 30 cm, x 11 inci 21 x 28 cm, dan 9 x 12 inci 22 x 30 cm. 4. Bingkai gambar saiz besar XL Bingkai tambahan ini lebih besar dan boleh digunakan untuk gambar atau hasil seni bercetak. Saiznya termasuklah 10 x 13 inci 25 x 33 cm, 11 x 14 inci 28 x 35 cm, 11 x 17 inci 28 x 40 cm, 12 x 16 inci 30 x 40 cm, dan 12 x 18 inci 30 x 45 cm. 5. Bingkai gambar saiz poster Bingkai saiz poster adalah untuk poster dan lukisan. Saiznya selalu dalam ukuran 16 x 20 inci 40 x 50 cm, 22 x 28 inci 55 x 70 cm, anda juga boleh custom made bingkai ni ikut saiz poster atau lukisan yang anda mahu. 5 Tips Pilih Bingkai Gambar Nak memilih bingkai gambar bukanlah sesuatu yang sukar. Asalkan anda ada keinginan untuk mencantik sesuatu ruang dan sudut. Jadi di sini kami senaraikan beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk menyusun bingkai pada ruang dekorasi anda. 1. Pemilihan lokasi Perkara pertama perlu dipertimbangkan sudah tentu melibatkan lokasi yang boleh dijadikan wall of fame di kediaman anda seperti dinding ruang tamu, foyer atau koridor. Sekiranya anda sudah mengenal pasti mana-mana sudut atau ruang, anda sudah boleh mula merancang untuk menggantungkan bingkai gambar anda. Tetapi ingat, jangan bersepah ikut suka hati. 2. Tentukan apa yang ingin dibingkaikan Kedua adalah dengan menentukan apa yang ingin dibingkaikan, sama ada gambar, lukisan, hasil seni, poster atau apa-apa saja. Ini yang akan menentukan bingkai apa yang sesuai. Sesudah anda tahu bingkai apa yang kena dengannya, mudahlah anda mencari lokasi yang tepat untuk bingkai tersebut. 3. Padankan dengan perabot/perhiasan lain Sudah menjadi lumrah, bila nak menghias pastinya anda tertarik untuk mencampurkan dengan perhiasan atau perabot lain. Memanglah tak salah, tapi anda perlu bijak mengimbangi ruang tersebut. Perlu fokus dan tahu apakah yang anda inginkan. Lagi senang jika anda sudah ada tema dalam kepala, misalnya tema kontemporari, hitam-putih, vintaj dan sebagainya. 4. Tentukan warna dan material bingkai Sebelum membeli frame gambar, anda perlu sedikit sebanyak mempelajari teknik permainan warna, agar mereka yang melihat boleh fokus kepada gambar atau lukisan di dalam bingkai. Jika gambar yang dibingkai berwarna cerah, maka bingkai foto yang sesuai adalah berwarna lebih gelap begitulah sebiliknya agar ia lebih menonjol. Kemudian, jika ruang anda bertemakan natural atau semulajadi, bingkai kayu adalah padanan yang sesuai. Jika sudut anda berilhamkan moden dan kontemporari, maka bingkai gambar dari material metal atau aluminium lebih sesuai. Anda juga boleh memilih bingkai gambar yang memiliki warna berlawanan dengan warna utama yang digunakan di ruang tersebut. Ini kerana warna bingkai yang kontra dapat menonjolkan ruangan itu. Untuk memadankan dengan keseluruhan interior ruangan, disarankan untuk memilih warna yang sama dengan sofa atau warna yang senada dengan hiasan lain di sekitarnya. Kami beri anda jadual untuk padanan bingkai gambar dengan gaya dekorasi rumah anda, barulah nampak tak janggal. Emas Dekorasi klasik, Inggeris atau moden kontemporari. Perak Dekorasi industrial, urban dan minimalis. Coklat Dekorasi desa, alam semulajadi atau natural. Hitam Dekorasi klasik, moden, misteri dan dramatis Putih Dekorasi klasik, Scandinavian atau natural. 5. Keseimbangan rekaan bingkai Seperti yang diketahui, bingkai gambar ada pelbagai rekaan dan design. Dari rekaan standard sehinggalah bingkai dekorasi. Belum lagi bercakap tentang bingkai berukir atau motif khas, atau bingkai dengan bentuk tertentu seperti hati, pokok dan lain-lain. Anda boleh memilih bingkai dengan rekaan yang unik untuk dipadankan dengan ruang dalaman yang sedia ada. Namun, jangan lupakan faktor keseimbangan. Khususnya jika anda sudah mempunyai tema yang ingin ditampilkan. Ingat, jangan sampai bingkai gambar terlalu menonjol dan menenggelamkan kisah yang ingin ditampilkan. Jenis Bingkai Gambar & Teknik Dekorasi Jadi bagaimana untuk mengenalpasti bingkai mana yang bersesuaian dengan idea dan konsep anda? Namun sebelum itu, jom kita lihat jenis bingkai yang ada di pasaran Malaysia. Dah tahu, senanglah nanti untuk buat pilihan dan mencari ilham untuk menghias. 1. Bingkai standard Bingkai standard yang minimalis ini adalah bingkai paling biasa boleh dijumpai di mana-mana kedai perhiasan rumah laku keras di IKEA!. Ia datang dalam bentuk segi empat atau bulat tanpa sebarang perincian lain. Bingkai seperti ini lebih sesuai digantung di rumah mahupun di pejabat. Dinding anda pasti tampak seperti sebuah galeri eksklusif. Kebiasaannya bingkainya berwarna solid seperti hitam, putih, emas atau perak dan materialnya kayu atau besi. Ia juga seringkali menggunakan efek gambar-di dalam-gambar. Ini bagi menyerlahkan gambar yang ditonjolkan. Teknik penggayaan Cuba kumpulkan beberapa koleksi bingkai gambar dan susun ikut kreativiti anda. Jangan takut untuk gabung-dan-padan saiz dan warna bingkai yang berlainan. Ini bagi mencipta variasi dan impak visual pada dinding anda. 2. Bingkai terapung Bingkai yang sempurna adalah karya yang bercakap’ untuk dirinya sendiri. Untuk paparan moden yang anggun, anda boleh mempertimbangkan menggunakan bingkai yang dihasilkan dari plexiglass. Bingkai seperti ini boleh disesuaikan pelbagai saiz karya seni mahupun gambar. Kesan terapung moden menambahkan gaya kontemporari pada dinding dengan skema warna menyerlahkan gambar karya seni/gambar menerusi kaca. Walaupun sedikit rumit cara hiasnya berbanding bingkai tradisional, namun hasilnya memang cantik! Anda bukan saja boleh meletakkan gambar atau lukisan tetapi juga keratan surat khabar dan sijil peribadi anda. Teknik penggayaan Bingkai bersaiz 30 x 42" adalah ukuran biasa yang menjadi pilihan, boleh menukar dinding kosong menjadi seperti bilik pameran. Perlukan pemasangan yang rapi, jika tidak rapi, ia boleh tanggal dan rosak. 3. Bingkai kolaj Bingkai kolaj ini lebih kepada teknik yang boleh anda gunakan untuk menghias dinding. Menggunakan bingkai yang standard, anda boleh menghimpun’ beberapa bingkai dan menyusunnya menjadi sebuah kolaj yang menawan. Teknik susunan yang anda boleh cuba termasuklah bentuk lingkaran, menjajar, memanjang dan lain-lain. Saiz bingkai juga boleh berlainan asalkan anda bijak menyusun aturnya. Anda juga boleh mencetak karya atau gambar yang besar dan membahagikan mengikut susunan bingkai. Maka gambar tersebut dilihat saling berhubung dan memberitahu kisah menarik buat yang melihatnya. Teknik penggayaan Pastikan sudut atau ruang dinding di mana anda menggantung semua bingkai tidak berat dengan perhiasan lain yang boleh menganggu fokus. Ingat, less is more! 4. Bingkai dekorasi Bingkai dekorasi adalah antara yang paling diminati ramai. Seperti namanya, bingkai ini bukan sekadar mempamerkan keindahan gambar namun perincian menarik bingkai luarnya. Bingkai gambar ini adakala menampilkan elemen tambahan seperti ukiran, corak malah elemen 3D yang akan menyerlahkan setiap gambar yang digantung. Hadir dengan pelbagai bentuk dan corak, anda boleh memilih bingkai yang anda suka dan padankan dengan kisah’ setiap gambar. Sudut anda itu pastinya akan menjadi lebih menarik. Teknik penggayaan Anda boleh memilih untuk menggantung atau meletakkan bingkai tersebut di atas meja. Jangan memilih bingkai dengan elemen yang berlebihan, nanti akan over shadow gambar atau karya seni yang dibingkaikan. 5. Bingkai kotak bayangan Anda nak pamer sesuatu’ yang bukan lukisan atau gambar dalam bingkai? Bolehlah guna bingkai shadow box atau kotak bayangan. Bingkai jenis ini berfungsi dalam memaparkan sebarang item dalam kaca tertutup yang dipersembahkan dengan gaya artistik untuk menonjolkan selera peribadi. Bingkai jenis ini sesuai mempamerkan perhiasan seni, lencana, pin, pingat, bunga-bungaan kering dan lain-lain. Teknik penggayaan Pastikan anda memilih bingkai shadow box yang mempunyai kedalaman bersesuaian dengan inci item yang ingin anda pamerkan, supaya ia tak bersentuhan dengan kaca bingkai. Nanti kalau kaca retak, dah rugi. 6. Bingkai rak Meja dan rak juga menjadi salah satu lokasi tumpuan yang boleh anda letakkan bingkai gambar anda. Kebanyakan bingkai meja atau table top frames hadir dengan reka bentuk yang tak lapuk dek zaman dengan suntikan ciri moden yang unik. Hanya sandarkan kaki bingkai logam mudah laras di belakangnya, dan letakkan di atas mana-mana meja sudut, rak atau mantel. Jangan letak di atas meja makan pula! Teknik penggayaan Suntikkan elemen peribadi di mana anda boleh letakkan sedikit perhiasan lain bagi mengimbangi ruang tersebut. Tetapi ingat jangan berlebihan pula. Nanti sesak pula ruang tersebut. 7. Bingkai poster Ada antara kita yang gemar mengumpul dan mempamerkan gambar dan lukisan yang bersaiz besar dari kebiasaan, seperti saiz poster iaitu 20x64. Ada yang hanya menampalnya ke dinding dengan menggunakan gam atau pita pelekat, namun anda boleh menggunakan pendekatan lain seperti menggunakan bingkai biasa yang berukuran poster. Menampal poster boleh merosakkan dinding, namun dengan meletakkannya di dalam bingkai bukan saja menjadikan poster anda kelihatan lebih cantik, berkualiti tinggi, terjaga dan eksklusif. Teknik penggayaan Memandangkan bingkai bersaiz poster agak besar dan memakan ruang, anda boleh selitkan perhiasan lain seperti pasu bunga viral, rak dan lain-lain bagi mengisi ruang tersebut. Menariknya, anda boleh memilih untuk menggantung atau menyandar di dinding. 8. Bingkai kanvas Bagi anda yang mengemari lukisan yang dilakar di atas kanvas, terdapat bingkai tersendiri yang dicipta khas untuk menonjolkan karya itu. Lukisan mahupun karya di atas kanvas menawarkan dimensi tersendiri, di mana kebiasannya terdapat sedikit ruang slight float yang memisahkan kanvas dan sudut dalam bingkai bagi menyerlahkan autentik dan perincian kanvas itu. Yang pasti tujuan utama bingkai ini adalah memberikan perlindungan pada lukisan dan menyerlahkannya secantik mungkin. Teknik penggayaan Pilihan bingkai ini adalah subjektif dan harus mengambil pertimbangan berikut Adakah ia untuk dijual atau untuk tatapan saja? Dan adakah ianya hanya untuk dilihat, dan bukan untuk disentuh. 9. Bingkai gambar DIY Selepas anda mengenalpasti saiz bingkai gambar, anda boleh memiliki bingkai idaman dengan bajet rendah. Dengan hanya membeli bingkai biasa di kedai, anda boleh mengecat semula mengikut warna pilihan, seperti perkongsian ini. Bahan-bahan yang diperlukan Bingkai gambarBerusCat warna emas Langkah-langkah Ambil bingkai dan mula warnakan bingkai dengan cat warna emas dengan menggunakan berus yang bingkai, dan sebaik-baiknya catkan dalam beberapa lapisan agar warna tampak kemas dan ia kering untuk seketika. Sedia untuk digantung. Penggunaan bingkai gambar sememangnya disarankan dalam menghias kediaman. Namun, pastikan anda berhati-hati dalam pemilihan gambar, material serta saiz bingkai agar kediaman anda tersebut kelihatan rapi dan cantik. Selamat mencuba! Panduan Relevan 8 Trend Siling & Dinding Rumah Anda Patut Elak! 7 Tips Deko Mewah Tapi Bajet Murah! 20 Warna Cat Rumah Terkini Untuk 5 Ruangan Rumah Anda!
gambar rumah di malaysia